Saturday, August 30, 2014

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah



* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Jenis sayur dan buahan yg tidak boleh dimakan semasa berpantang

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

ulam-ulaman utk ibu dlm pantang



Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari.

salam

dah lama tak update blog ni...maaflah saya terlalu sibuk...hari ni saya akan kongsi info tentang ibu berpantang...

Tuesday, June 17, 2014

PERANAN SUAMI SEMASA ISTERI DLM PANTANG

Assalamulaikum, disini saya nak kongsi sedikit ilmu, peranan suami  ketika isteri dalam pantang,:
  •  meskin pun isteri kelihatan sihat, namun dalaman mereka masih lemah.  Oleh itu, jangan lah memberatkan isteri dgn kerja rumah sehingga  habis tempoh 44 hari berpantang.  Oleh itu, suami harus ringan tulang untuk tempoh 44 hari ini membantu isteri dgn kerja-kerja rumah.
  • sentiasa menjaga hati isteri kerana dalam tempoh mengandung dan berpantang ini, ketidakstabilan hormon wanita akan menyebabkan perangai isteri sukar diduga dan adakalannya mencabar kelakian suami.  banyakkanlah bersbar dan pasangan perlu sentiasa terbuka utk berbincang.
  • Sentiasa memastikan isteri cukup rehat dan makan minum yg berkhasiat ketika berpantang.  Adalah tanggungjawab suami memastikan isteri sentiasa komited dan disiplin dgn aturcara berpantang.
  • Tanggungjawab menjaga anak bukannya terletak di bahu isteri seorang.  Meskinpun kekok dan takut, perlu menghulur tangan membantu isteri menjaga anak isteri dan bayi.
sekian dahulu,perkongsian saya pada hari ini.wasallam semoga kita semua dapat rahmat darinya...amin

SUSU KAMBING BAIK UTK IBU MENGANDUNG



SUSU KAMBING SEBAGAI PENCEGAH
Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung,amalkan minum susu kambing disepanjang tempoh mengandung, kerana ianya dipercayai dapat mencegah bayi yang dilahirkan nanti dari terkena demam kuning. Ianya juga sangat baik utk ibu dan bayi. Bacalah doa pada susu dan niatkan hajat kita sebelum diminum

Thursday, May 15, 2014

Ramadhan & Penyusuan.. Bagaimana?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menantikan kedatangan bulan yg 
penuh dgn keredhaan iaitu RAMANDAN..

Mesti timbul pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran ibu - ibu 
terutamanya yg baru bergelar seorang ibu kan..
bagaimana untuk menyusukan baby sedangkan kita berpuasa? 
tidak kah meberi kesan kepada diri, khasiat susu dan kuantiti susu? 
cukup kah susu yang akankeluar?

Jangan risau ibu - ibu..walaupun kita berpuasa, 
tidak akan ada kesan pada susu tersebut dan diri ibu - ibu..
Jom kita teliti tips utk ibu menyusukan bayi di bulan Ramadhan.. :)


Tips bagi ibu yang menyusukan bayi semasa Ramadhan;

1. Banyakkan minum air kosong 2-3 liter sehari.

2.Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika 
bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita.

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah.      Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang 
bergula dan bergaram. Kerana, ia akn menyerap lebih banyak 
air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan 
memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta
niat baik kita menyusukan bayi kita.

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. 
Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan  mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukosa dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Digalakkan bersahur 3biji kurma. 
Berbuka pun 3biji kurma.

7.Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Pastikn ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari.

8.Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu
Kemudian, makan kurma dan  bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

9- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul 
stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan.

10- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan.


11- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat  solat tarawih.

Monday, April 28, 2014

peringkat janin ketika ibu hamil

ini adalah gambar baby kita semasa dlm perut...sungguh unit....subhanallah

surah-surah amalan untuk ibu mengandung

assalamualaikum...ya allah dah lama saya tak up date blog...sejak sebulan dua ni saya agak sibuk dgn perkhidmatan penjagaan pantang...sebenarnya byk info yg saya nak share kan bersama ....tunggu ya nanti saya akan upload info-info baru pada puan-puan.

Thursday, March 20, 2014

Ibu berpantang tidak boleh bersejuk

ibu berpantang digalakkan selalu berstokin.Elakkan tidur atau tinggal dlm bilik yg berkipas atau penghawa dingin. Jika selalu bersejuk, ibu berpantang akan mudah terkena penyakit kembang urat yg menyebabkan mereka seram sejuk, mudah keletihan" dingin seks" terhadap pasangan.

kecantikkan wanita

kecantikan seorang wanita itu perlulah lahir dari dalam, bukan bertopengkan dengan alat solekan mahupun pakaian dalam yg mahal semata-mata untuk nampak seri wajah dan saiz badan yg menggiurkan persis anak dara

Thursday, March 13, 2014

mandi herba semasa dalam pantang


Mandian Daun-Daun Herba
Bila masa yg sesuai untuk mandian herba?

Bermula pada hari pertama.Elakkan mandi awal pagi dan malam.dan elakkan mandi terlalu lama.

Apakah tujuan mandian herba?

Membantu menyegarkan badan ibu di dalam pantang dan membuang lekitan dan daki-daki pada badan.Herba atau daun-daun  yanag dimasak untuk mandian ibu dapat membantu melindungi badan dari angin sejuk.


Friday, February 28, 2014

susu ibu susu yg ajaib




“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Thursday, February 27, 2014

Cara menyusu baby yg betul

Majlis Penyampaian Sijil Amalan Profesional Urutan Malayu 25/mac/2014



Alhamdullilah usaha yang tak sia-sia...










majalah aroma bulan mac

Alhamdullilah saya siti noorhayati telah pun dijemput  membuat atikel tentang diri saya dan 4 resepi masakan dlm pantang utk majalah aroma keluaran bulan mac yg telah ada di pasaran sekarang..

jom layan fb saya : http://www.facebook.com/penjagaanpantang

Sunday, February 23, 2014

http://www.facebook.com/penjagaanpantang

salam dah lama saya tak update blog agak sibuk sikit..nanti saya share kan info-info yang berilmu yg boleh kita kongsi bersama

Friday, February 7, 2014

Manfaat Kurma Ajwa bagi Ibu Hamil


Berdasarkan hadis Rasullah dan firman Allah diataslah, manfaat kurma ajwa untuk ibu hamil tidak dapat diragukan lagi. Hal ini diperteguh olah para ahli kedokteran bahwa unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang sangat berguna untuk membentuk dan menambah kandungan air susu ibu. Lebih dari itu, anak-anak balita pun dapat mengambil manfaat dari buah yang biasa tumbuh didaerah Arab ini. Dengan khasiat kurma ini, pertumbuhan anak-anak dan sumsum tulangnya akan berkembang dengan baik.

Manfaat Kurma dr Perspektif Islam kepada Ibu Hamil

Sabda Nabi, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang sedang hamil, karena isteri-isteri kamu yang sedang hamil. Karena sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, niscaya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas. Sesungguhnya makanan Siti Maryam takkala melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah kurma. Sekiranya, Allah s.w.t., menjadikan suatu buah yang lebih baik dari pada buah kurma, maka Allah telah memberi makan buah itu kepada Siti Maryam.” (H.R. Bukhari)
MASAKKAN IBU DLM PANTANG
DAGING MASAK ASAM BLACK PAPER

Mitos Kepala Muda utk IBU HAMIL..betul ke? Jom baca ni..




Banyaknya Manfaat Minum Air Kelapa Muda Saat Hamil
Mitos di masyarakat minum air kelapa muda dari kelapa hijau ketika hamil, dapat membuat air ketuban menjadi bersih, bayi yang lahir juga akan bersih kulitnya, putih kulitnya, rambutnya lebat serta bening matanya. Walau belum ada penelitian tentang hal tersebut, namun ternyata banyak sekali manfaat air kelapa untuk ibu hamil. Karena air kelapa adalah air yang sudah steril (bersih) secara alami.
Berikut beberapa manfaat air kelapa muda untuk ibu hamil.

1. Elektrolit alami

Ibu hamil membutuhkan banyak air agar terhindar dari dehidrasi, karena itu meminum air kelapa dapat langsung menggantikan cairan tubuh yang hilang. Air kelapa muda adalah minuman yang kaya akan kandungan elektrolit, seperti klorida, magnesium, natrium, dan riboflavin yang dapat menjaga stamina tubuh. Selain itu, kalium berperan penting dalam menjaga tekanan darah dan kesehatan jantung. Terjadinya kehilangan garam alami juga dapat diisi ulang dengan air kelapa. Karena air kelapa merupakan minuman isotonik alami dan kaya mineral yang memiliki keseimbangan level yang sama dengan darah kita.

2. Diuretik alami

Infeksi saluran kemih sering terjadi pada Ibu yang sedang hamil. Untuk mengatasinya, mengonsumsi air kelapa muda berfungsi sebagai diuretik natural. Karena air kelapa bermanfaat membersihkan saluran kemih dan melancarkan air seni sehingga dapat mengeluarkan zat-zat toksin (racun) dari tubuh melalui kencing.

3. Menjaga kekebalan tubuh

Air kelapa muda juga mengandung protein, serat, mangan, dan vitamin C, yang semua itu sangat berperan untuk meningkatkan metabolisme Ibu selama hamil. Selain itu air kelapa muda bermanfaat untuk menjaga kesehatan Ibu dan bayi dari virus, bakteri dan jamur. Sebab di dalam air kelapa muda mengandung asam lauric yang membantu melawan berbagai macam penyakit seperti HIV, herpes dan flu yang mungkin terjadi selama masa kehamilan. Kandungan asam lauric yang ada pada air kelapa setara dengan yang terdapat pada air susu Ibu. Sebagai penawar racun, air kelapa muda sangat steril dan murni secara alami sehingga selain dapat meningkatkan sistem imun air kelapa muda juga dapat mengurangi resiko diabetes dan kanker.

4. Membantu sistem pencernaan

Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang dapat memperlambat kontraksi otot lambung, sehingga membuat pencernaan menjadi lambat. Meminum air kelapa dapat memperlancar pencernaan karena mengandung nutrisi dan oksigen yang mudah diserap sel tubuh. Selain itu, air kelapa juga dapat meningkatkan fungsi usus, membersihkan cacing usus dan dapat membantu meringankan konstipasi, sembelit, mulas serta gangguan pencernaan lainnya yang sering dialami oleh Ibu hamil.

5. Meningkatkan HDL (kolesterol baik)

Meminum air kelapa dapat meningkatkan kolestrol baik (HDL) di dalam tubuh karena air kelapa bebas lemak dan kolesterol jahat. Jadi Ibu hamil tidak perlu takut untuk meminum air kelapa karena air kelapa dapat membantu menjaga kadar kolesterol di bawah kontrol sehingga tidak membuat badan menjadi lebih gemuk selama masa kehamilan.

6. Mencegah Kaki Kram

Seiring usia kehamilan yang bertambah, sebagian Ibu akan merasakan kram pada kaki. Kaki yang kram disebabkan oleh kurangnya kalium. Meminum air kelapa bisa menjadi solusi tapat untuk mengatasinya. Karena air kelapa mengandung pasokan kalium dimana selama kehamilan ibu dianjurkan untuk mengonsumsi 4.700 mg kalium. Sedangkan dalam segelas besar (330 ml) air kelapa, terkandung 670 mg kalium. Jadi, minum air kelapa selama hamil dapat membantu menjaga pasokan kalium yang dibutuhkan wanita hamil.

7. Menjaga berat badan

Banyak ibu hamil yang takut gemuk setelah melahirkan. Dengan meminum air kelapa dapat membantu dalam penurunan berat badan karena dalam secangkir air kelapa hanya mengandung 46 kalori dan sekitar 95 persen adalah air. Selain itu air kelapa adalah minuman non kolesterol yang sangat tepat untuk menjaga bentuk tubuh.

8. Mencegah dan mengatasi keluhan “heartburn” (panas dalam)

Keluhan heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Rasa seperti terbakar dan panas di dada (panas dalam) tentu sangat mengganggu. Heartburn dapat dicegah dan diatasi dengan minum air kelapa muda. Karena rasa dan kemurnian air kelapa muda sangat menyegarkan ketika diteguk dan merupakan elektrolit alami.

9. Membantu mengatasi keluhan pusing, mual dan muntah di awal kehamilan (morning sickness)

Morning sickness adalah gejala mual dan muntah yang umum terjadi di masa awal ibu hamil karena adanya perubahan hormon dalam tubuh. Di banyak negara, air kelapa dipercaya dapat berperan sebagai antidote (anti) muntah terhadap penyakit-penyakit serius seperti malaria, demam berdarah dan tifus. Karena khasiatnya itu, air kelapa juga dapat membantu ibu hamil mengatasi keluhan seperti pusing, mual dan muntah yang biasa dialami saat “morning sickness”.

10. Membantu menjaga suhu tubuh

Merasa kepanasan adalah salah satu hal yang sering dikeluhkan oleh ibu hamil. Meminum air kelapa dapat membantu mendinginkan dan menjaga suhu tubuh karena air kelapa akan membantu mengangkut oksigen dan nutrisi ke seluruh sel-sel tubuh. Sehingga dapat menyeimbangkan pH dan menjaga temperatur tubuh agar tetap stabil.

Walaupun begitu, mengkonsumsi sesuatu dengan berlebihan tidak akan baik untuk kesehatan tubuh. Alangkah baiknya anda mengonsumsi sesuatu dengan seimbang terutama ketika masa kehamilan. Karena kesehatan ibu dan janin sama-sama penting untuk diperhatikan


Thursday, January 30, 2014

Khasiat delima untuk ibu mengandung..


Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Psstt..Nak Tahu tak? Jenis Makanan yang Boleh Tambah Penghasilan Susu Ibu.. :) Jom jgk list nih..



Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu


1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe 
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)


15. Teh hijau jepun


16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.


17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.


18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.


19. Ubat homeopati.

Sunday, January 12, 2014

Adakah Amalan Berpantang Mengarut?

Adakah Amalan Berpantang Mengarut?

Golongan masyarakat hari ini rata2 tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan.. antaranya ketingalan zaman.. amalan merapu..
ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno tersebut..
cuma yang mereka tidak faham, kebaikandari amalan tersebut.., dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..

dan satu kesilapan masyarakat dahulu adalah kerana hanya menyuruh org berpantang itu dan ini.. tanpa menerangkan kenapa perlu dilakukan begitu.
marilah kita pesan kepada masyarakat moden tersebut.., apakah dia amalan berpantang selepas bersalin ini..

Pantang selepas bersalin
Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

Berbengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya 5 jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam
bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari

Bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut

Urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan:

1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN

Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,

Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

ubatan herba
ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.
Minuman Herba/Rempah
“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi
amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

Faedah
* Memanaskan badan
* Mengurangkan berat
* Mewangi tubuh
* Membuang toksin dalam badan
* Mengecutkan Peranakan

pilis
Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.

Faedah
* Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
* Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.

Tempel/Tapel
* Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.

Faedah
* menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
* mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin

Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Nifas selepas bersalin
Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, “Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi.”[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai darah istihadhah.

Apakah itu darah istihadah?
Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu' dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]

serbuk perapat berminat sila call 0196767024 rm 45


herba untuk wanita