Monday, January 26, 2015

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean?




Jawapannya BOLEH.


TUJUAN: menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang telah kembang sewaktu tempoh hamil dan bersalin, serta membantu melancarkan perjalanan darah darah nifas.


Waktu bertungku : boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam.

Digalakkan bertungku: setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang.

Waktu mula bertungku: sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.


CARA - CARA bertungku :


• Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk. Mana-mana yang sempatlah. Almaklumlah, bagi mereka yang sudah bersalin beberapa kali dan perlu berpantang seorang diri pasti tahu bagaimana sukarnya menguruskan diri, anak-anak dan baby.


• Bahagian yang perlu ditungku - bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean. Jadi, anda tidak perlu bertungku di bahagian ini ye.


• Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang saya sebutkan diatas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi hati-hati sewaktu bertungku ye.. sebab kalau batu terlebih panas, nanti terbakar pula tilam dan cadar anda.


• Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang saya sebutkan diatas. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.

No comments:

Post a Comment